Thursday, November 13, 2008

Tugas dan tanggungjawab pemerhati kaji cuaca tingkat 2,jabatan penerbangan awam,kementerian perhubungan.

1.Melapor diri kepada ketua unit atau stesen tempat bertugas.

2.Membuat pencerapan permukaan dan utara atas.

3.Mengekod dang mengdekod maklumat cuaca.

4.Memplot maklumat di carta-carta yang disediakan

5.Menghantar maklumat cuaca kepada pusat mengumpul data di luar negeri

6.Membantu menyediakan maklumat cuaca untuk kegunaan pegawai kajicuaca,juruterbang,orang ramai dan pihak yang memerlukan.

7.Menyampaikan ramalan cuaca dan data cuaca kepada pihak penggunaan secara lisan.

8.Memasukkan data-data kajicuaca/turunan hujan/kajicuaca pertanian ke komputer bagi tujuan pengarkiban.

9.Membantu pemerhati kajicuaca tingkat 1 mengutip data-data turunan hujan kajicuaca pertanian di seluruh negara.

Tugas dan tanggungjawab tukang suntik,jabatan perkhidmatan kesihatan,kementerian kesihatan.

Memberi suntikan kolera,deman kepialu dan lain-lain terhadap orang ramai di pusat-pusat suntikan awam atau pos-pos kawalan di negara brunei darussalam

Tugas dan tanggungjawab penolong pengurus ladang,kementerian perindustrian dan sumber2 utama

1.Membantu penolong pegawai projek dalam hal ehwal pengurusan dan pengendalian projek/program pusat pembangunan keusahawaan,kementerian perindustrian dan sumber-sumber utama.

2.Membantu menyelaras program penempatan dan lawatan bagi peserta-peserta kursus yang dikendalikan oleh pusat pembangunan keusahawan di masa ke semasa.

3.Membantu dalam menyediakan dan melaksanakan spesifikasi kerja bagi sebarang sebut harga/tawaran kecil bagi projek-projek yang akan dikendalikan oleh pusat pembangunan keusahawan.

4.Membantu dalam menyediakan jadual-jadual harian kerja dan pengawasan buruh serta menyediakan laporan bulanan tentang pencapaian kerja yang diawasi untuk dihadapkan kepada pegawai penyelaras projek.

5.Menyediakan inventori harta benda kerajaan dan kemudahan-kemudahan pusat pembangunan keusahawan dengan memastikan ianya sentiasa dalam keadaan selamat dan teratur.

6.Membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pameran yang dianjurkan oleh pusat pembangunan keusahawan di semasa ke semasa.

7.Semasa bersedia melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh ketua pusat dan pegawai atasan yang lain.

Tugas dan tanggungjawab pendobi,jabatan perkhidmatan perubatan,kementerian kesihatan.

1.Mengambil linen dari wad dan bahagian hospital dan menghantar balik linen bersih ke tempat yang sama.

2.Menseterika linen menggunakan alat alat yang telah disediakan seperti seterika "roller" dan seterika "press"

3.Melipat kain,mengira,memilih,menyusun,mengangkat serta memasukkan linen bersih dalam beg yang telah disediakan.